Kapten (Tentera British dan Marin)

Kapten
Captain

Tanda pangkat
Tentera Darat
Tanda pangkat
Marin Diraja
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Darat United Kingdom Tentera Darat Britain
Marin Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai muda
Singkatan Capt
Diperkenalkan s. 1815
Persamaan
NATO
OF-2
Pangkat tinggi seterusnya

Mejar

Pangkat rendah seterusnya

Leftenan

Persamaan pangkat tentera laut Leftenan (RN)
Persamaan pangkat tentera udara Flait Leftenan (RAF)

Kapten (Captain) ialah pangkat pegawai muda Tentera Darat British dan Marin Diraja. Pangkat ini lebih atas dari leftenan dan berada dibawah mejar dengan kod pangkat NATO OF-2. Ia setaraf dengan leftenan dalam Royal Navy dan Flait Leftenan dalam Royal Air Force. Pangkat kepten dalam Royal Navy adalah lebih kanan (setaraf dengan pangkat kolonel TD/RM) dan jangan terkeliru dengan dua pangkat itu.

Tanda pangkat bahu bagi kapten ialah tiga bintang "Bath" berbucu empat atau 3 paku sebaris dan ditambah singkatan RM bagi pasukan Royal Marines.Di dalam Tentera Darat British abad ke-21, captain sering dilantik sebagai pemerintah kedua (2IC)[1] sebuah kompeni atau unit yang setaraf bersaiz 120 askar.[2]

  1. ^ British Army Captain Explained
  2. ^ "Ranks". British Army Website. 2016. Dicapai pada 17 April 2016.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search